Salam semua..
Hari nie nak share skit tempat nak beli keropok lekor kat Kuala Terengganu. Maklumlah 'tanah tumpah darahku'. Banyak sebenarnya tempatnya tapi nak highlight yang admin biasa ziarah. Mungkin post nie dapat jadi guide jika ke Kuala Terengganu. Kalau ke Kuala Terengganu, kalau tak kenal keropok lekor, maka tak cinta. Hehe...
1. Keropok Lekor 3007 (Kuala Ibai, Kuala Terengganu)
Kedai nie terletak kat tepi jalan (sebelah kiri) sebaik sahaja turun daripada Jambatan Kuala Ibai (menghala Kuala Terengganu) sebelum melalui Masjid Terapung (sebelah kanan). So, sebaik sahaja turun daripada Jambatan, boleh lah terus bagi signal ke kiri kerana di situ kereta semuanya laju-laju kerana baru lepas trafik light dan turun jambatan.
Lokasi GPS : Latitude 5.28263661, Longitude 103.16888049
2. Warong Keropok Lekor 007 (Kuala Ibai, Kuala Terengganu)
Namanya mudah diingati mungkin kerana 007 (James Bond), terletak lebih kurang 1 - 2 km daripada kedai yang pertama tadi. Kedudukan di sebelah kiri jalan menghala ke bandar Kuala Terengganu dan bersebelahan dengan car wash RM 5. Jangan terlepas pandang pula kedai nie. Boleh singgah makan di sini jikalau sudah terliur dengan keropok lekor.
Lokasi GPS : Latitude 5.28833611 , Longitude 103.16839099
3. Keropok Lekor Seri Ibai (Kuala Ibai, Kuala Terengganu)
Terletak sebelah kiri jalan menghala Masjid Terapung, 10 minit dari bandar Kuala Terengganu. Bersebelahan kedai top up. Jangan lupa singgah jika perjalanan keluar menghala ke selatan ataupun pantai barat tanah air. Boleh rujuk kepada gambar di bawah jika tidak mahu terlajak mencari kedai nya.
Lokasi GPS : Latitude 5.29463914 , Longitude 103.16725373

4. Keropok Lekor Losong (Losong, Kuala Terengganu)
Bila sebut keropok lekor Losong, mesti semua orang tau, even orang yang import keropok kat K. Trg, then jual kat negeri lain pun guna nama Losong. Nama Losong nie berasal daripada Mukim Losong. Tak jauh pun daripada Muzium Losong dan bandar Kuala Terengganu. Lebih kurang 7 minit. Kat sini banyak deretan kedai keropok, kiri dan kanan jalan. Biasanya ramai orang daripada tengah hari sampai ke petang. Nak beli tu macam biasalah, beratur.
Lokasi GPS : Latitude 5.32002958, Longitude 103.1259799
5. Keropok Lekor Bukit Tok Beng
Terletak di Kampung Bukit Tok Beng, di antara perjalanan daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, UNISZA, UMT ke bandar Kuala Terengganu (vice versa). Kedai nie terletak di sebelah kanan jalan (jika menghala bandar K. Trg) dan berhampiran selekoh. Harganya berpatutan. Sesuai bagi mereka yang baru sampai di airport atau mereka yang hendak pulang melalui flight.
Lokasi GPS : Latitude 5.35650431, Longitude 103.11932132
6. Pasar Payang (Kuala Terengganu)
Siapa tak kenal Pasar Payang kalau pergi ke Terengganu. Lokasi hotspot nie selalu dipenuhi pelancong mahupun penduduk tempatan dari pagi hinggalah petang. Di sini, keropok dijual di bahagian tengah pasar tingkat bawah. Jikalau nak makan yang sudah digoreng, bolehlah berkunjung ke kawasan restoran di tingkat atas dan jangan segan bertanya "Keropok Goreng ada tak ?".
Lokasi GPS : Latitude 5.33575687, Longitude 103.13585848
Jangan plak tanya admin keropok kat mana yang best. Bagi admin, semuanya sedap bila dah masuk perut. Hehe...
P/S : Jikalau nak tapau bawa balik especially perjalanan jauh, kalau ikut pengalaman admin, biasa nya admin akan beli yang sudah digoreng kerana lebih tahan lama.
Sebelum perjalanan, buka plastik wrap dan jemur dengan room temperature untuk mengelakkan pengewapan sekaligus mengelakkan lendir semasa perjalanan jauh.
Kalau phone ada apps Waze, disyorkan pakai kerana menyenangkan. Jangan segan bertanya dengan penduduk lokal kerana orang Terengganu nie "bereh-bereh belaka".
Senyum Sokmo.
Kredit
Sumber Ihsan : Google, Google Maps & Instant Google Street View
Kredit
Sumber Ihsan : Google, Google Maps & Instant Google Street View

No comments:
Post a Comment